Tweets by @HidayahRaduan

SMK SERI GOMBAK

SMK SERI GOMBAK

Thursday, November 20, 2014

Dugaan :')

assalamualaikum semua warga blogger. apa khabar ? dah lama dayah tak menulis diari. takda masa mungkin ? heehe. dayah tulis blogger untuk saja saja. tempat luahan hati. sakit hati, perit hati, makan hati, tawar hati, semua berkenaan dengan hati. nasib baik dayah tak suka makan hati ayam -..- memang tak sedap pun kan :( hmmm. tahun ni rasa perit hati dayah berkurangan sedikit . tapi dayah tak mengharapkan dayah akan bahagia selamanya kerana allah akan bagi dugaan buat semua hambanya. Kita sebagai hamba harus tabah dan cekal menghadapi segala musibah yang datang. berdoa kepadaNya supaya ditenangkan hati. Ya allah sesungguhnya hambamu ini lemah dengan dugaan yang mu beri. aku tidak kuat sehingga menitis kan airmata dalam diam. tetapi aku berusaha untuk tabah dan bersangka baik kepada orang. aku tidak ingin hati ku ini penuh dengan kedengkian dan benci. Lindungilah aku dari pada terjerumus dari sifat begitu :( . kau tenangkan lah hati ku, supaya mudah untuk aku teruskan hidup dengan tenang.

setiap percintaan ada dugaan. dan dugaan itu memberi pengajaran kepada kita supaya berubah menjadi lebih baik. apabila kita sudah sayang perkara yang paling takut adalah kehilangan :') semua insan akan berperasaan begitu kerana mereka punya hati. allah beri mereka hati supaya mereka faham perasaan orang lain. jadi berubah lah supaya tiada sesiapa yang akan saling benci membenci. dayah tidak mengharapkan apa apa. cuma inginkan kejujuran :') mudah untuk dayah memahami . maafkan dayah kalau ada menyakiti hati dalam diam. inilah lumrah percintaan . pasti ada yang mengharap dan menunggu. itu membuat kan ku lemah. sanggup ke lepaskan orang yang kita sayang kepada orang lain ? demi menjaga hati dia ? diri sendiri tersiksa menahan perit...tapi kalau itu sudah ditulis. aku redha ya allah. mungkin allah ada rancangan yang lebih baik daripada apa yang ku rancangan kan :') aku tak nak hidupku dibenci oleh orang dan sering menyakiti hati.

life must go on. walau macam mana pun hidup mesti lah diteruskan betul ? biar kan apa orang nak kata. apa yang kita ada sekarang jaga betul betul, sayang betul betul. cinta betul betul. jalani hidup bersama sama and seterusnya..... :*

alhamdullilah..