Tweets by @HidayahRaduan

SMK SERI GOMBAK

SMK SERI GOMBAK

Thursday, October 31, 2013

October ☹

السلام عليكمورحمة الله وبركاته , dah lama dayah dah tak update blog :) last update pun bulan sepuluh kan . Dalam bulan sepuluh ni banyak sangat dugaan yang menimpa dayah , tapi dayah anggap semua tu ujian daripada  الله s.w.t , kerana dayah tahu setiap ujian pasti ada hikmah yang akan datang :) memang macam lagu tragedi oktober pun kan :')


→ bila satu masalah dah selesai , masalah lain pulak yang datang untuk menguji kesabaran , hmmm kenapa macam ni . Apa yang dayah mampu buat adalah kesabaran , sentiasa sabar dengan segala dugaan . dayah tak pernah cerita pun masalah dayah dekat kawan kawan dayah . sebab dayah nak belajar selesaikan masalah sendiri dan minta pertolongan daripada  الله s.w.t supaya mempermudahkan urusan dayah . Kadang-kadang dayah menjadi lemah untuk pikul semua dugaan , tapi dayah tetap kuatkan semangat dayah dengan mengukir senyuman di bibir . kerana dengan senyuman dayah dapat menyembunyikan duka di dalam hati ini daripada semua orang . Dayah berharap dugaan ni akan berakhir dan akan diganti dengan kebahagiaan :) aminn



Tuesday, October 22, 2013

1 day left !! ☆


assalamualaikum semua !! heee happy nya esok dah last paper exam ☺ heehh esok paper chemis3 and bio3 ! so petang tu dah freedom , alhamdullilah , lepas ni 2 bulan tkda lah stress sangat kan asyik fikir bout study je . Pergi sekolah nanti buat muka relaks je lah :P heeeeee . hmmm tapi kan time dapat result tu yang tak best tu , seriously rasa takut and gementar nanti . tapi tkpa walau mcm mana teruk or bagus ke keputusan dayah , dayah akan terima sebab kita kan dah berusaha .Apa yang kita dapat kita kena lah terima ☺ fyi , birthday dayah nak dekat dah , dalam 2 week left ☺awwww tak sabar nya . heheh nanti dapat call free . seronoknyaaaaaaaaaa !! dayah nak keluar time birthday dayah , nak keluar jugakkk !! haha nak pergi mana pun tak tahu lah . I want My Day will full of happiness and sweetiest with him ♥ i really hope ☺

Thursday, October 17, 2013

My twitter have been hacked ♥

                                           

Holla , hmm twitter dayah dah tak boleh nak buka dah. Ada orang tukar password dayah mybe , ya allah dayah tak tahu siapa yang gatal sangat tangan tu pergi buat twitter dayah macam tu. Tak dapat dayah nak tweet "what happening" :P tapi takpa lah mybe ada hikmahnya kot. dayah kalau nak tengok twitter dayah pun guna twitter orang lain je mampu . First day bosan juga lah tak dapat on twitter sebab selalunya dayah always on twitter je . Sokay benda dah nak jadi , mybe ada orang dengki dengan dayah dalam diam . cadang nak buat twitter baru tapi macam malas lah pulak kan,☺ heheheh hmm rindu kawan kawan kat twitter dayah hmmm :( i can life without twitter laa ☺. haha jangan nak sedih sangat ah dayah . tampar kang baru tahu , ngadaa je dayah ni . heheh takda lah dayah sosial sangat lepas ni :) kan kan kan !! haaa tak lama lagi deactived lah acc twitter dayah tu. so bubye twitter i will never miss you again hahah i just miss my moment with him only ☺ xoxoxox ♥ ~

Monday, October 7, 2013

Final Exam T.T

assalamualaikum semua :) dalam bulan oktober ni dayah exam :) haaaa final exam pulak tu kan. ya allah tak tahu lah kenapa makin dekat exam makin malas pula rasanya nya. tapi alhamdullilah exam bi , bm dan math baru je lepas :) dalam minggu exam ni , selsema batuk and segala jenis penyakit ada dekat dayah , ya allah peritnya . biasalah , bila exam je mesti tak sihat. selalu macam tu. Tapi takpa , peperiksaan harus juga dayah kena lalui. exam mula 2.10 haritu heehehhe mula mula bm , belum sampai paper lagi dekat meja dayah , dayah dah batuk dah. ish ish. buka paper je , tanya pulak faedah faedah menabung , dayah ni dah lah tak suka menabung , emm emm tapi kadang kadang tu ada lah juga :P lepastu ambil balik duit tabungan haha . soalan bahagian karangan pulak , dayah pilih karangan ciri ciri sahabat yang baik. dayah semangat sangat buat karangan tu. sebab dayah banyak pengalaman pasal kawan kawan dayah ni semua :) dayah ambil masa buat karangan 1 jam , itupun lagi 5 min nak habis exam , dayah baru nak buat penutup , haaa kelam kabut lah . nasib baik time tu cikgu macam leka sikit , hihi. bila dah habis exam bm kertas 1 , lega dayah dibuatnya , bila wakt rehat tu semua cerita pasal karangan yang diorang buat heww . Dayah dengan qiela pergi kantin beli makanan . then kiteorang makan dekat luar kelas dengan iman . kiteorang tak sentuh buku langsung time tu , semua duk fikir perut masing masing je hheheheeh . makan sambil belajar memang tak masuk sebenarnya. dayah tengok yang lain pun tak pegang buku sangat . bila rehat dah habis je , dayah terus masuk kelas. ameer tetiba cakap watak perwatakan novel papa masuk , hahha acah acah je , muka dia confident sangat time tu. dayah pun try lah baca sikit . time dah start exam tu dayah terus tengok page belakang sekali , haaaa nilai kerjasama yang masuk sebenarnya haha nasib baik dayah ada baca nilai. nak je ketuk ameer time tu hahaha .sampai soalan tatabahasa je , qiela and dayah dah buat muka blur dah , haha soalan memeningkan  kepala kiteorang :D Yang penting alhamdullilah dayah dapat jawab semua soalan :) ..... xoxo....

Tuesday, October 1, 2013

Pray For My Mom :')

Ya allah dah seminggu mak sakit, betapa peritnya kesakitan yang mak kena tanggung. Before dayah exam ni banyak dugaan yang datang , Allah nak uji seseorang tu, nak tengok betapa sabarnya seseorang hamba nya itu hadapi dugaan yang dia bagi. Sesungguhnya sakit dapat menghapuskan dosa dosa kita yang lepas. Mungkin allah sayang kan mak lebih sebab tu allah bagi dugaan dekat mak banyak sangat. Sampai mak mengalir kan airmata menahan kesakitan yang dialami nya. Anak mana je yang sanggup lihat mak nya sendiri menangis. Apa yang mak rasa anak anak dia juga dapat rasakan. Mak tak lalu makan semua kerana ingin menahan kesakitan. Ya allah permudahkanlah segala urusan ku. Banyak kerja rumah dayah buat ,dan lepastu dayah rasa penat. baru dayah tahu setiap hari mak dayah akan rasa penat untuk membesarkan anak anak dia. Mak seorang yang tabah. tetapi kadangkala mak akan menjadi lemah apabila penyakit menyerang mak. Kita sebagai anak hanya mampu bantu dia sikit demi sedikit dengan memberikan dia makan dan minum sebagaimana dia buat dekat kita masa dia sihat :') dayah rindu time mak gelak gelak dengan dayah, main cubit cubit dengan mak. Sekarang ni , mak selalu baring di atas sofa dan katil, senyuman di wajah dia tidak lagi kelihatan. Ya allah betapa sedihnya dayah tengok keadaan mak yang macam tu :'( semoga mak dayah sihat semula dan kembali ceria seperti dulu :') aminn ~