Tweets by @HidayahRaduan

SMK SERI GOMBAK

SMK SERI GOMBAK

Tuesday, October 1, 2013

Pray For My Mom :')

Ya allah dah seminggu mak sakit, betapa peritnya kesakitan yang mak kena tanggung. Before dayah exam ni banyak dugaan yang datang , Allah nak uji seseorang tu, nak tengok betapa sabarnya seseorang hamba nya itu hadapi dugaan yang dia bagi. Sesungguhnya sakit dapat menghapuskan dosa dosa kita yang lepas. Mungkin allah sayang kan mak lebih sebab tu allah bagi dugaan dekat mak banyak sangat. Sampai mak mengalir kan airmata menahan kesakitan yang dialami nya. Anak mana je yang sanggup lihat mak nya sendiri menangis. Apa yang mak rasa anak anak dia juga dapat rasakan. Mak tak lalu makan semua kerana ingin menahan kesakitan. Ya allah permudahkanlah segala urusan ku. Banyak kerja rumah dayah buat ,dan lepastu dayah rasa penat. baru dayah tahu setiap hari mak dayah akan rasa penat untuk membesarkan anak anak dia. Mak seorang yang tabah. tetapi kadangkala mak akan menjadi lemah apabila penyakit menyerang mak. Kita sebagai anak hanya mampu bantu dia sikit demi sedikit dengan memberikan dia makan dan minum sebagaimana dia buat dekat kita masa dia sihat :') dayah rindu time mak gelak gelak dengan dayah, main cubit cubit dengan mak. Sekarang ni , mak selalu baring di atas sofa dan katil, senyuman di wajah dia tidak lagi kelihatan. Ya allah betapa sedihnya dayah tengok keadaan mak yang macam tu :'( semoga mak dayah sihat semula dan kembali ceria seperti dulu :') aminn ~

1 comment: